Objektif Yayasan

Objektif utama Yayasan KRU adalah untuk mencari, memupuk dan menyediakan bantuan kewangan dan bukan kewangan kepada belia yang layak untuk meneruskan peluang pendidikan tinggi melalui program Technical, Vocational Education and Training (TVET) yang berkaitan dengan keusahawanan digital ` industri kreatif serta tujuan lain lebih khusus seperti berikut:-

Show More

  • Penyebaran dan promosi program jangka pendek dan jangka sederhana TVET untuk memohon dan menerima sumbangan dari organisasi dan/atau individu samada di dalam negara dan/atau antarabangsa oleh Yayasan dan/atau sokongan mana-mana fungsi organisasi dan/atau media yang terlibat dalam menyebarkan program TVET yang berkaitan dengan keusahawanan dan industri kreatif termasuk dalam apa jua bentuk tetapi tidak terhad kepada satelit, internet, media sosial, audio, video, cetakan, televisyen, radio, acara, dan sebagainya;
  • Menyediakan pendidikan umum kepada masyarakat yang berkaitan dengan program berasaskan kemahiran, kerjaya dan prospek perniagaan, peluang pembiayaan pelajar, termasuk terma dan syarat tetapi tidak terhad kepada pelajar, ibu bapa, kaunselor, dan lain-lain serta untuk mengenal pasti dan menawarkan pembiayaan dalam bentuk biasiswa separa atau penuh kepada pemohon yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dikeluarkan dari semasa ke semasa;
  • Untuk memilih pusat latihan kemahiran dan/atau mana-mana institusi pendidikan vokasional di Malaysia yang menawarkan program yang diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah dan menyediakan pembiayaan kepada pelajar yang layak berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan oleh Yayasan.

Show Less