Kita Jaga Kita

“Kita Jaga Kita” adalah program pembangunan belia bukan kewangan dibawah Yayasan KRU yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan untuk menyertai dan mewujudkan eko-sistem yang mampan supaya mencapai hasil yang diinginkan untuk menangani jurang digital.

Yayasan KRU berfungsi sebagai perantara bagi pengumpulan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) baru dan/atau terpakai, yang akan diedarkan kepada calon yang layak untuk tujuan pendidikan dan/atau pembangunan keusahawanan; terutamanya belia di Malaysia.

Kami mengalu-alukan segala bentuk sumbangan aset ICT (telefon bimbit pintar, tablet, komputer riba dan komputer meja) yang dalam keadaan baik, dihantar ke pejabat Yayasan KRU sepanjang tahun. Penderma dan penerima aset ICT akan disenaraikan di laman web Yayasan KRU, yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.