Contentpreneur

CONTENTPRENEUR ialah program yang direka untuk pelajar berusia 16 tahun di Sekolah Menengah melalui kerjasama dengan Koperasi Sekolah yang terpilih. Program ini merangkumi sumbangan komputer dan kemudahan berspesifikasi tinggi yang disokong oleh latihan kemahiran dalam talian yang berkaitan dengan subjek Keusahawanan Digital dan Industri Kreatif.

Objektif utama kami adalah untuk mencari dan mengembangkan generasi usahawan melalui program pemangkin yang dibimbing oleh profesional industri dan pelabur yang berpengalaman; dalam masa yang sama dapat menyokong perniagaan dalam komuniti tempatan di seluruh Malaysia.