Yayasan KRU

Yayasan KRU (Nombor Pendaftaran: 1248611 V) diperbadankan pada 27 September 2017 dengan objektif untuk menyokong belia dari keluarga B40 untuk mengikuti program pendidikan tinggi berasaskan kemahiran yang berkaitan dengan Industri Kreatif dan Keusahawanan Digital. Pada 28 Disember 2018, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah meluluskan permohonan Yayasan KRU untuk memberi potongan cukai kepada penyumbang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, Sub-Seksyen 44 (6).

Bersama dengan rakan akademik, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan yang berkaitan, Yayasan KRU akan memainkan peranan penting untuk menyokong pertumbuhan industri kreatif dan ekonomi digital Malaysia, mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan Pendapatan Nasional Kasar melalui program yang holistik dari kesedaran dan pencarian bakat, latihan, penempatan pekerjaan hingga ke bimbingan usahawan.